4 December 2011

NILAI & NILAI MATEMATIK

Matematik seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan bagi segelintir pelajar khususnya yang tidak berminat terhadap pembelajaran Matematik. Pelbagai pendekatan telah digunakan kini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik oleh guru-guru demi menarik minat dan perhatian serta mengubah tanggapan pelajar tehadap mata pelajaran tersebut.

 Persoalan yang timbul di sini:

1. Apakah guru, secara umumnya, gagal memainkan peranan untuk menerapkan nilai yang mulia kepada  pelajar yang merupakan pewaris bagi sesuatu masyarakat?

2. Apakah guru subjek, khususnya subjek matematik, menyumbang ke arah pembentukan nilai yang mulia dalam kalangan ahli matematik?

Merujuk persoalan di atas, Guru merupakan komponen utama yang berperanan untuk menerapkan nilai dalam diri pelajar terutamanya dalam pengajaran subjek matematik. Sekiranya guru itu sendiri tidak menanam nilai-nilai dalam diri sendiri, bagaimana pula pelajar dalam memupuk nilai dalam diri mereka terutama sekali nilai matematik.

Menurut Hoy & Miskel, 2001, Nilai yang dipegang akan menentukan tingkah laku sesuatu individu atau kumpulan. Nilai akan mempengaruhi individu untuk melakukan yang terbaik kepada organisasi. Sikap boleh menunjukkan nilai seseorang individu. Sekiranya nilai seseorang atau kumpulan itu positif maka sikap individu atau kumpulan itu juga positif. Sikap dijelmakan melalui perlakuan, idea, respon, reaksi, tidak peduli, tidak bekerjasama atau berdiam diri. Sikap juga berkaitan dengan perasaan individu terhadap dirinya sendiri, orang lain dan kumpulan lain, persekitarannya yang melibatkan kesukaan atau kebenciannya. Perasaan ini dicerminkan melalui perlakuannya dan perlakuan yang dilakukan secara berulang-ulang yang menjadi amalan ini dinamakan budaya. 

Kenapa perlunya Nilai Matematik? 

Dari masa ke semasa, kita dapat lihat terdapat kemerosotan pencapaian pelajar terumatamanya bagi subjek matematik. Masalah yang berlaku adalah dari segi sikap pelajar itu sendiri melihat mata pelajaran matematk satu subjek yang kurang menarik. Oleh itu, dengan adanya usaha guru untuk memahami nilai matematik dan cuba menerapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, maka ia dapat mengubah persepsi buruk pelajar.

Ini kerana nilai matematik membangkitkan  rasa terhadap matematik, membangkitkan tentang kepentingan matematik dan dapat membantu sesorang. (National Council od Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).

No comments:

Post a Comment