30 November 2011

BUDAYA & NILAI

Budaya sekolah merupayakan salah satu faktor yang membezakan sekolah dan menjadi penentu pada keberkesanan sekolah(Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk
mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).
Budaya merangkumi nilai, kepercayaan, tingkah laku dan objek-objek material yang meliputi cara hidup sesuatu kelompok manusia tertentu (Schein, 1985). Budaya ialah perkara yang kita fikirkan, perkara yang kita percayai, perkara yang kita nilai, perkara yang kita ada (Sharifah Md Nor, 2000), dan cara individu berinteraksi serta berkelakuan (Jainabee Mohd. Kassim & Robiah Sidin, 2005; Sharifah Md Nor, 2000; Harggreaves, 1995). Sehubungan dengan itu, budaya sekolah ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah, yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya.
Budaya sekolah ini ada yang diwarisi dan ada yang dibentuk oleh warganya sendiri. Nilai dan kepercayaan sekolah dicerminkan melalui simbol, upacara dan istiadat, bentuk komunikasi, sikap warga, amalan pengajaran dan pembelajaran, peraturan sekolah, keceriaan sekolah, artifak yang ditonjolkan, visi dan misi sekolah, serta hubungan warga sekolah yang menjadi amalan atau cara hidup sekolah (Sharifah Md Nor 2000).
Mengikut Harris (2002), Hopkins (2001) Sergiovanni (2000), Sarason (1996), Deal dan Peterson (1994), Hargreaves (1994), budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitu dengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru, dan pelajar. Sehubungan itu Sergiovanni (2000), menyarankan agar budaya sekolah dijadikan sebagai alat penting untuk menghasilkan persekitaran penyayang, mencapai matlamat sekolah, dan meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu, kajian dan analisis berkaitan budaya sekolah adalah sesuai dengan konteks semasa dengan andaian semua warga sekolah yang rasional berhasrat memajukan sekolah.

Selain itu juga, Budaya sekolah ditentukan oleh nilai dan keberkesanan yang menjadi asas dalam Visi sekolah. Di sini, kumpulan kami akan membincangkan dengan lebih lanjut lagi bagaimana nilai dalam dibentuk semasa proses pengajaran dan sejauhmanakah kefahaman guru mengenai nilai matematik.

23 November 2011

BUDAYA SEKOLAH

Budaya sekolah selalunya dihuraikan dengan ‘inilah cara kita melakukan kerja di sini’. Budaya sekolah merangkumi norma, peraturan, idea serta pelbagai perkara lain, dan kesemuanya diterima dan dipraktiskan di sesebuah sekolah. Budaya merangkumi peraturan yang tidak tertulis serta juga tradisi, norma dan ekspektasi (Deal dan Petterson, 1999; Prosser, 1999). Kesemua elemen ini adalah penting dalam menghuraikan sesuatu perkara ataupun perlakuan (Deal dan Petterson, 1999). Sebahagian penulis menggunakan perkataan etos bagi menghuraikan budaya (Donnelly, 1999). Etos sekolah menjelaskan mengenai matlamat yang perlu dicapai, perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh dilakukan.
Tambahnya, etos sesebuah sekolah adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya identiti budaya ahlinya, tradisi organisasi, agama serta personaliti ahli-ahli. Setiap individu akan bersosialisasi ke arah menerima dan mengikuti sesuatu budaya dan kebiasaannya proses ini berlaku tanpa disedari. Dengan lain perkataan, setiap ahli di sesebuah sekolah akan bergerak bersama-sama dalam satu budaya yang diterima oleh kebanyakan ahlinya. Boleh dikatakan bahawa budaya sesebuah sekolah boleh mengeratkan hubungan sesama ahlinya. Disamping itu, budaya sekolah juga akan mempengaruhi setiap komponen yang wujud di sesebuah sekolah, antaranya topik perbualan antara guru-guru semasa waktu rehat di kantin sekolah, bentuk-bentuk arahan yang akan dihargai, perkembangan kakitangan yang dilalui serta kepentingan proses pembelajaran pelajar (Deal dan Peterson, 1999).
Walaupun wujud perbezaan istilah sama ada budaya ataupun etos, elemen penting yang wujud dalam kedua-duanya adalah, wujud pelbagai perkara seperti identiti budaya masyarakat sekolah, tradisi sekolah, agama serta personaliti dan kesemua elemen ini saling berinteraksi di dalam persekitaran sekolah.

18 November 2011

TENTANG KAMI - KUMPULAN 10A

Salam sejahtera dan salam perpaduan, terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog kami.

Kami kumpulan 10 terdiri daripada 5 orang ahli. Di sini, kami akan memperkenalkan satu persatu ahli kumpulan kami...

 
NAMA          : VIANAH TOH (K)
NO.MATRIK  : D20091034568
SEMESTER   : 5
JURUSAN     : PENDIDIKAN-PERAKAUNAN(MAJOR),MATEMATIK(MINOR)



 
NAMA          : LIM ZI SHAN
NO.MATRIK  : D20091034562
SEMESTER   : 5
JURUSAN     : PENDIDIKAN-PERAKAUNAN(MAJOR),MATEMATIK(MINOR)



 
NAMA          : UNG HUI WENG                                                      
NO.MATRIK  : D20091034579
SEMESTER   : 5
JURUSAN     : PENDIDIKAN -PERAKAUNAN(MAJOR),MATEMATIK(MINOR)



NAMA          : LIM SIEW YONG
NO.MATRIK  : D20081032407
SEMESTER   : 8
JURUSAN     : PENDIDIKAN-EKONOMI (MAJOR),MATEMATIK( MINOR)



 
NAMA          :KOON YOKE SHAN
NO.MATRIK  : D20081032394
SEMESTER   : 8
JURUSAN     : PENDIDIKAN-EKONOMI (MAJOR),MATEMATIK( MINOR)


SERBA SEDIKIT MENGENAI KAMI... o(^_^)o

SINOPSIS KURSUS

Kursus Trends  and Issues in education for mathematical sciences (SME 3023), merupakan satu kursus yang mendedahkan pelajar kepada isu-isu semasa dalam pendidikan matematik. Antara isu-isu yang diliputi adalah yang berkaitan dengan jurang perbezaan pencapaian kumpulan-kumpulan sosial, TIMSS ( Trends in International Mathematics and Science W study), akses dan ekuiti, bahasa pengantar, pendekatan pengajaran, piawaian pengajaran yang profesional, penilaian, kurikulum, pensijilan guru, budaya sekolah, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dan ethno-mathematics.

Dalam tugasan ini, kami dari Kumpulan 10, hanya akan membincang isu yang berkaitan dengan Budaya Sekolah dalam pendidikan matematik.

Sebelum itu, adalah lebih baik kami memperkenalkan dahulu pensyarah kami. Bak kata pepatah, " Tak kenal Maka tak cinta". ^_^

Pensyarah bagi kurus ini adalah Prof. Dr. Marzita binti Puteh.  Beliau merupakan Profesor, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia